AstraZeneca: CITF mohon maaf, siasatan lanjut sedang dijalankan

CITF memaklumkan pihaknya memandang serius masalah teknikal itu dan siasatan diketuai oleh MAMPU, termasuk menilai perkhidmatan yang diberikan oleh pembekal sudah bermula.
CITF memaklumkan pihaknya memandang serius masalah teknikal itu dan siasatan diketuai oleh MAMPU, termasuk menilai perkhidmatan yang diberikan oleh pembekal sudah bermula.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) memohon maaf di atas kesulitan dihadapi orang ramai ketika membuat percubaan tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca secara sukarela bagi pusingan kedua yang dibuka tengah hari Rabu.

CITF dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan teknikal yang berlaku itu menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran mengakses beberapa butang ciri laman sesawang CITF.

Kata CITF, pihaknya memandang serius masalah tersebut dan tindakan akan diambil kepada pihak yang berkenaan demi kepentingan awam serta negara.

“Sebanyak 1,261,000 dos telah ditawarkan, di mana 275,208 dos telah ditempah oleh warga emas sewaktu inisiatif ini mula dibuka daripada 23 Mei sehingga 26 Mei.

“Sementara itu, seramai 29,183 orang dalam senarai menunggu vaksin Astrazeneca sebelum ini telah dimasukkan ke dalam senarai giliran kali ini.

“Sebanyak 956,609 tempahan bagi penduduk Malaysia berumur 18 tahun di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak telah habis ditempah dalam masa lebih kurang satu jam selepas tempahan dibuka hari ini (semalam),” kata kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, CITF menjelaskan bahawa indidividu yang mendaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan tetap mendapat suntikan vaksin di bawah PICK terutamanya apabila kadar vaksinasi ditingkatkan pada bulan mendatang.

CITF juga mengucapkan terima kasih di atas sambutan baik orang ramai yang telah menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan negara mencapai imuniti kelompok seperti disasarkan.

Artikel Berkaitan: