X

Kindly register in order to view this article
!

Hidu bau busuk, rupanya mayat anak saudara

Gambar hiasan.
A
A

ALOR GAJAH - Rasa curiga seorang lelaki yang menghidu bau busuk dari sebuah rumah, membawa kepada penemuan mayat anak saudara lelakinya di sebuah rumah di sini, pada Rabu.

Mangsa yang berusia 45 tahun dan masih bujang itu ditemui dalam keadaan tergantung pada kipas di ruang tamu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu, berkata, pihaknya menerima laporan polis lelaki itu yang menghidu bau busuk dari rumah mangsa yang terletak bersebelahan rumah.

"Disebabkan rasa curiga, bapa saudara mangsa membuat laporan polis dan memberitahu kali terakhir bertemu anak saudaranya yang menganggur itu sejak Ahad lalu.

"Kita dimaklumkan mangsa tinggal bersendirian selepas kematian kedua-dua ibu bapanya dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam," katanya ketika dihubungi.

Ujar beliau, siasatan awal di tempat kejadian bersama Unit Forensik Ibu pejabat Kontinjen Polis (IPK) Melaka, pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Alor Gajah serta kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati, pintu rumah terbabit terkunci dari dalam sebelum pihak bomba membukanya.

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut, sementara mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

"Bagaimanapun punca sebenar mangsa bertindak demikian masih dalam siasatan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!