X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 27 November 2021

Kluster rentas negeri meningkat

Ismail Sabri
A
A

SHAH ALAM – Kluster kes positif Covid-19 yang berpunca daripada rentas negeri terus merekodkan peningkatan sepanjang April hingga Mei 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam tempoh itu sebanyak 19 daripada 50 kluster yang dilaporkan membabitkan rentas negeri.

“Jumlah kluster rentas negeri melibatkan 6,291 kes,” katanya dalam satu kenyataan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) & Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Rabu.

Menurutnya, setakat 20 Mei 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan sebanyak 1,966 kluster sejak pandemik itu melanda negara.

“Daripada jumlah itu, terdapat 528 kluster aktif manakala 1,438 lagi kluster diisytiharkan tamat,” katanya.

Tambah beliau, ketika ini, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt/Ro) negara meningkat ke paras 1.21 berbanding 0.8 yang pernah direkodkan pada pertengahan April 2021.

Katanya, kemunculan varian baharu dan lebih agresif terutama Variants of Concerns (VOC) di negara ini juga merupakan satu perkembangan yang membimbangkan.

“Peningkatan kes harian bukan sahaja berlaku di Malaysia malah beberapa negara jiran seperti Thailand.

"Thailand yang sebelum ini pernah menjadi contoh kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga telah merekodkan kes harian melebihi 9,000,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!