Warga emas hilang ditemui maut dalam parit

Operasi melibatkan bomba, polis dan penduduk kampung berjaya menemui mangsa yang hilang lebih 24 jam lalu. Foto: ihsan bomba Perak
Operasi melibatkan bomba, polis dan penduduk kampung berjaya menemui mangsa yang hilang lebih 24 jam lalu. Foto: ihsan bomba Perak
A
A
A

TAIPING - Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Changkat Baru, Kuala Sepetang sejak Selasa ditemukan maut pada Rabu.

Mangsa, Salaliah Abdul Majid, 85, ditemui pasukan penyelamat di dalam parit kira-kira 160 meter dari rumahnya sekitar jam 3.46 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, operasi mencari dan menyelamat digerakkan pada jam 11 pagi selepas menerima laporan kehilangan mangsa daripada pihak polis.

"Berdasarkan laporan awal, kali terakhir mangsa dilihat di hadapan rumahnya sebelum disedari hilang.

"Pasukan bomba melakukan pencarian di sungai berhampiran serta kebun sawit Lebih empat jam pencarian dilakukan sebelum ditemui dalam parit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Menurutnya, pegawai kesihatan mengesahkan mangsa maut ketika dijumpai dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Pencarian membabitkan 12 anggota bomba, enam anggota polis dan 30 penduduk kampung.

"Operasi tamat pada jam 4.45 petang," katanya.

Artikel Berkaitan: