MOT digesa keluar garis panduan, SOP penerbangan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) digesa mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk semua sektor penerbangan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Sekretariat Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan jadual penerbangan masih dilaksanakan tetapi sehingga hari ini (Rabu) MOT belum ada SOP PKP 3.0 dengan jelas.

Kenyataan itu menyebut garis panduan penerbangan tidak termasuk dalam senarai atau disebut oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

“Sektor penerbangan juga perlu disenaraikan untuk mengikut SOP PKP 3.0 jika kerajaan benar-benar mahu memperketatkan SOP yang ditetapkan di semua kawasan dan industri,” kata dalam kenyataan berkenaan pada Rabu.

Kenyataan sama juga memaklumkan, ramai pekerja dalam sektor penerbangan masih keliru dengan SOP berkenaan yang masih longgar dalam pesawat.

“Ia juga memberi ruang bebas kepada mereka yang mahu merentas negeri dan daerah ketika kes Covid19 tengah melonjak.

“Kita juga tidak mahu juga pesawat penuh seperti yang berlaku pada PKP sebelum ini,” ujarnya.

Pada Selasa, seorang rakyat tempatan menjadi individu pertama di negara ini dikesan dijangkiti varian Covid-19 dari India, B.1.671.2

Artikel Berkaitan:

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu berkenaan merupakan kontak rapat kepada warga India yang turut menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan pada 23 April lalu.