X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Chile mula suntik vaksin untuk penduduk bawah umur 30

Gambar hiasan
A
A

SANTIAGO - Chile pada Selasa memulakan program suntikan vaksin Covid-19 untuk penduduk di bawah umur 30 tahun, lapor Agensi Berita Xinhua

Setakat ini 50 peratus daripada jumlah penduduk Chile sudah menerima vaksin masing-masing.

Kementerian Kesihatan menyasarkan seramai 15,200,840 orang atau 80 peratus daripada jumlah penduduk akan disuntik menjelang 30 Jun, termasuk kira-kira 23 peratus mereka yang berumur antara 18 dan 29 tahun.

Ketua Setiausaha Jaime Bellolio berkata, lebih sembilan juta penduduk sudah disuntik dos pertama dan lebih 7.5 juta dos kedua.

"Namun, langkah-langkah pencegahan masih perlu dipatuhi," katanya.

Chile pada Selasa mencatatkan 4,188 jangkitan baharu dan 37 lagi korban akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 1,339,421 kes dan 28,585 kematian. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!