Kes positif harian di Kuala Lumpur makin meningkat

Taburan kes Covid-19 harian pada Selasa.
Taburan kes Covid-19 harian pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kes harian positif Covid-19 di Kuala Lumpur membimbangkan selepas menunjukkan trend peningkatan kebelakangan ini.

Pada Isnin lalu, jumlah kes harian adalah 468 kes, namun meningkat kepada 604 kes pada Selasa dan meningkat lagi kepada 760 kes pada Rabu.

Menurut perkongsian di Facebook Kolomposihat pada Selasa, seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada dalam zon merah.

"Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kepong mencatatkan sebanyak 239 kes dengan 108 daripadanya adalah di Sentul, diikuti Batu sebanyak 43 kes dan Duta serta Kepong masing-masing sebanyak 30 kes.

"PKD Titiwangsa mencatatkan kes harian sebanyak 218 kes, PKD Lembah Pantai dengan 109 kes serta PKD Cheras sebanyak 38 kes," kata kenyataan itu pada Selasa.

Justeru, warga Kuala Lumpur dinasihatkan untuk terus mengamalkan normal baharu dengan duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sebanyak 7,478 kes dicatatkan pada Rabu dengan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,455 kes diikuti Kuala Lumpur 760 kes, Sarawak (640 kes), Johor (587 kes), Kelantan (547 kes) dan Kedah sebanyak 542 kes.

Artikel Berkaitan: