Pemilik tanah dikompaun RM50,000

Shadan (tiga dari kiri) ketika bertemu individu terbabit yang melakukan kesalahan di bawah Akta Jalan Dan Parit Bangunan 1974 di Bukit Baru.
Shadan (tiga dari kiri) ketika bertemu individu terbabit yang melakukan kesalahan di bawah Akta Jalan Dan Parit Bangunan 1974 di Bukit Baru.
A
A
A

MELAKA - Seorang individu dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) selepas didapati menjalankan kerja tanah tanpa kebenaran.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman berkata, individu itu melakukan aktiviti memajukan tanah di Bukit Baru sejak seminggu lalu tanpa mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, sebelum itu MPHTJ telah melakukan pemantauan dan memanggil pemilik tanah untuk mengambil keterangan.

Kompaun RM50,000 yang dikeluarkan MPHTJ kepada seorang pemilik tanah yang didapati menjalankan kerja-kerja tanah tanpa kebenaran.
Kompaun RM50,000 yang dikeluarkan MPHTJ kepada seorang pemilik tanah yang didapati menjalankan kerja-kerja tanah tanpa kebenaran.

"Maklumat yang diperoleh kerja- kerja atas tanah tersebut dipercayai sedang berjalan sekali gus menjadi satu kesalahan di bawah Akta Jalan Dan Parit Bangunan 1974," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Shadan berkata, tindakan kompaun itu sebagai tindakan awal bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku di kawasan berkenaan.

Ujarnya, sebelum sebarang kerja tanah dilakukan, kebenaran perlu diperoleh daripada pihak MPHTJ runtuhan tanah dan risiko lain.