'J-Kom perlu kerja lebih keras kecam media antarabangsa'

Tengkap layar kenyataan Najib di Facebooknya.
Tengkap layar kenyataan Najib di Facebooknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu bekerja lebih keras supaya mengecam media antarabangsa yang membuat laporan negatif terhadap Malaysia berkaitan lonjakan kes Covid-19 sejak minggu lepas.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, South China Morning Post (SCMP) dari Hong Kong da Reuters melaporkan rakyat semakin marah dengan kerajaan sebab keadaan Covid-19 sedang melumpuhkan sistem kesihatan negara dan kerajaan dilihat tidak berani mengambil langkah lebih tegas.

Menurut Najib, Bloomberg pula melaporkan kes baharu Covid-19 bakal ‘meroket’ dan sukar untuk kerajaan lemah yang lumpuh untuk menyelamatkan keadaan pandemik dan ekonomi.

"Media Australia Sydney Morning Herald kata keadaan Covid Malaysia menjadi berkali ganda lebih kritikal walaupun kerajaan telah gantung demokrasi dengan darurat,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam kenyataannya pada Rabu.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, dengan laporan begitu, pelabur asing mana yang berani datang ke negara yang sistem kesihatan dan kerajaannya sedang lumpuh serta keadaan Covid-19 tidak terkawal.

Sehubungan itu, beliau menyarankan J-Kom kerajaan PN perlu bekerja lebih keras untuk mengecam media-media antarabangsa terbabit supaya elaun dan peruntukan tidak hilang serta jangan hanya berkampung di Facebooknya sahaja.

Artikel Berkaitan: