X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Covid-19 di India kini cecah lebih 27 juta

Seramai 4,157 orang meninggal dunia di India sejak pagi Selasa menjadikan jumlah korban 311,388 orang.
A
A

NEW DELHI - Jumlah Covid-19 di India sudah melepasi 27 juta pada Rabu, mencecah 27,157,795 dengan 208,921 kes baharu direkodkan, kata Kementerian Kesihatan.

Seramai 4,157 orang meninggal dunia sejak pagi Selasa menjadikan jumlah korban 311,388, lapor Agensi Berita Xinhua.

Jumlah kes aktif harian menyaksikan penurunan sejak beberapa hari kebelakangan ini, setakat ini kes aktif ialah sebanyak 2,495,591.

Seramai 24,350,816 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital.

India memulakan program suntikan vaksin Covid-19 pada 16 Januari lalu dan sehingga kini sebanyak 200,662,456 dos sudah diberikan. Pada Selasa sahaja sebanyak 2,039,087 dos vaksin disuntik.

Fasa ketiga suntikan vaksin sedang dilaksana di seluruh negara membabitkan penduduk berusia 18 tahun ke atas namun, usaha itu berdepan masalah kekurangan vaksin.

Tiga vaksin digunakan di India iaitu Covishield, Covaxin dan Sputnik-V buatan Rusia. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!