X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada kompaun dikeluarkan, hanya beri penerangan SOP PKP

Polis Shah Alam menafikan mengeluarkan sebarang kompaun terhadap seorang pemandu di SJR di Jalan Persiaran Anggerik Eria, Seksyen 31, Shah Alam pada Rabu.
A
A

SHAH ALAM - Polis Shah Alam menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang kompaun terhadap seorang pemandu di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Persiaran Anggerik Eria, Seksyen 31, Shah Alam pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya mendapati terdapat video berdurasi beberapa saat melibatkan perbualan antara anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dengan seorang pemandu.

"Dalam perbualan itu anggota tersebut bertanyakan berkaitan surat pergerakan dan tujuan pemandu itu.

"Anggota itu juga menerangkan kepada pemandu berkenaan prosedur operasi standard (SOP) pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak ada mengeluarkan sebarang kompaun terhadap pemandu tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, pemeriksaan SJR oleh Trafik IPD Shah Alam selain dari tumpuan atas kesalahan melibatkan PKP, kesalahan-kesalahan melibatkan lalu lintas juga diambil tindakan.

"Hasil daripada operasi tersebut sebanyak 78 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan satu saman kompaun PKP di bawah Peraturan 17 (3) (No 5) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Ketika Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Segala kesulitan dan salah faham adalah amat dikesali, kita usahakan dan doakan yang baik untuk kita semua," katanya.

Pada Rabu, tular satu video yang dimuat naik di Twitter dan menjadi tular di media sosial mendakwa seorang pemandu dikompaun.

Video tersebut turut memuat naik dakwaan tidak boleh keluar dan bergerak sebelum jam 8 pagi dan dikompaun sebanyak RM2,000.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!