X

Kindly register in order to view this article
!

Polis cedera lerai pertengkaran dua beradik

Mohamaf Farouk
A
A

AMPANG - Seorang anggota polis cedera ringan selepas cuba meleraikan pertengkaran antara dua beradik dalam kejadian di sebuah rumah di Pandan Mewah di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung insiden pertengkaran itu melalui panggilan MERS 999 pada jam 12.30 tengah malam.

"Sepasukan anggota dari cawangan kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pergi ke lokasi untuk meleraikan pertengkaran dua beradik tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Mohamad Farouk berkata, ketika anggota MPV cuba menenangkan dua beradik itu, salah seorang lelaki telah menolak dan menendang dada seorang anggota polis itu.

"Kita telah menahan lelaki berusia 25 tahun itu kerana menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.

Mohamad Farouk menasihati orang awam supaya sentiasa memberi kerjasama kepada anggota polis yang menjalankan tugas menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!