Covid-19: 7,478 kes baharu, 63 kematian

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Malaysia terus mencatatkan peningkatan 7,478 kes baharu disebabkan Covid-19 dan 63 kes kematian pada Rabu menjadikan kes harian serta kematian yang tertinggi pernah direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 533,367 dengan kematian sebanyak 2,432. Menurutnya, Selangor masih merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,455 diikuti Kuala Lumpur (760) dan Sarawak (640).

“Selain itu, negeri Johor mencatatkan sebanyak 587 kes, Kelantan 547 kes, Kedah (542), Pulau Pinang (420), Negeri sembilan (370), Perak (264), Melaka (230), Sabah (229), Terengganu (177) dan Pahang 171 kes. “Labuan pula mencatatkan 49 kes manakala 29 kes di Putrajaya dan Perlis (lapan),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada jumlah kes baharu tersebut sebanyak 7,473 kes tempatan dan lima lagi merupakan kes import.

Sementara itu, seramai 4,665 pesakit telah disahkan pulih daripada Covid-19.

"Jumlah kumulatif kes sembuh adalah 464,727 kes iaitu bersamaan dengan 87.13 peratus daripada keseluruhan kes," katanya.

Katanya, jumlah kes aktif di negara sebanyak 66,208 dan 756 daripadanya diletakkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 377 memerlukan bantuan pernafasan.

Tegas beliau, sebanyak 22 kluster baharu dicatatkan menjadikan jumlah kluster aktif sehingga Rabu sebanyak 593 daripada 2,082 jumlah keseluruhan.

Artikel Berkaitan:

“Terdapat 13 kluster di tempat kerja, enam kluster komuniti dan tiga kluster yang melibatkan aktiviti keagamaan,” ujarnya.

Dr Noor Hisham berkata, 63 kes kematian tersebut melibatkan 24 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Kuala Lumpur, masing-masing lapan di Johor dan Kedah dan lima kes di Perak.

“Seterusnya, tiga kes kematian di Melaka, dua kes di Sarawak dan Negeri Sembilan, serta satu kes di Sabah dan Pahang.