Arul puji kematangan pemain Speedy Tigers

Arul Selvaraj
Arul Selvaraj
A
A
A

MUNGKIN ia adalah tanda kematangan dalam kalangan pemain hoki negara. Atau mereka mungkin merasa bosan menjalani latihan sendiri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apapun, ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan Arul Selvaraj terkejut anak buahnya yang kesemuanya menjalani latihan individu di rumah kerana pelaksanaan PKP untuk membendung penularan Covid-19, semua telah memintanya untuk meningkatkan intensiti latihan mereka selain mengambil inisiatif melakukan usaha tambahan sendiri.

Katanya, selain menyertai sesi latihan dalam talian, beliau berkata pemain juga mengambil inisiatif menjalani latihan fizikal sendiri termasuk berlari dan berjoging di kawasan perumahan masing-masing atau taman berhampiran sebelum menyerahkan laporan kemajuan harian wajib mereka kepada pakar fisiologi pasukan, Dr Carl James.

“Saya dapat lihat pemain masih bermotivasi walaupun keadaan semasa di seluruh negara. Ia adalah petanda yang sangat positif buat saya kerana sampai sekarang, saya belum jumpa mana-mana pemain Malaysia yang mahu melakukan usaha tambahan sendiri dan gigih dalam latihan.

“Saya tidak dapat jalankan apa-apa latihan hoki pada masa ini. Jadi latihan dalam talian banyak memberi tumpuan kepada kekuatan teras dan sedikit senamrobik...,” katanya ketika dihubungi.

Arul yang membimbing Speedy Tigers sejak Ogos 2020, juga percaya PKP ini juga ada hikmahnya kerana telah mengajar pemainnya supaya lebih matang, berdikari dan bekerja keras.

Ia adalah aspek terakhir - kerja keras - yang mengujakan beliau kerana dia jelas menilai pemain yang rajin lebih daripada yang berbakat.

"Mengapa? Saya tidak pasti pemain berbakat akan bekerja keras atau tidak, tetapi saya tahu pemain yang rajin akan menutup setiap helai rumput walaupun saya tidak berada di sekeliling dan saya percaya semua pemain memahami moto saya: anda mesti cergas untuk bermain hoki, anda tidak bermain hoki untuk cergas,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Arul juga berharap satu-satunya kejohanan senior yang kekal dalam kalendar hoki tahun ini iaitu Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) akan diadakan seperti yang dijadualkan di Dhaka, Bangladesh mulai 1 hingga 10 Oktober ini. - Bernama