Sokong saranan kuat kuasa PKPD di kilang wujud kluster Covid-19

Kenyataan DMPP Pk menyokong saranan agar kerajaan menguatkuasakan PKPD ke atas semua kilang yang mempunyai kluster Covid-19.
Kenyataan DMPP Pk menyokong saranan agar kerajaan menguatkuasakan PKPD ke atas semua kilang yang mempunyai kluster Covid-19.
A
A
A

IPOH - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMM Pk) menyokong saranan agar kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke atas semua kilang yang mempunyai kluster Covid-19.

Yang Dipertua DPMM Pk, Ir Kamarullaffie Ahmad berkata, saranan yang dikemukakan DPMM Pusat itu diyakini boleh mengawal kes-kes Covid-19 secara lebih bersasar membabitkan tempat kerja yang kebanyakannya kluster kilang.

"Saranan kita untuk kerajaan menguatkuasakan PKPD ke atas kluster kilang yang mempunyai kes positif Covid-19 serta-merta selama 21 hari.

"Ini bagi memastikan kontak rapat pekerja benar-benar sihat dan tidak mengalami sebarang gejala serta negatif Covid-19 sebelum hadir bekerja," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, dengan pelaksanaan PKPD itu, pekerja kilang hendaklah ditempatkan di kawasan tertutup atau hotel bajet dengan ditanggung oleh majikan.

"Ini bertujuan mengelakkan penularan berlaku di luar kawasan kilang dan menyekat sebarang aktiviti pergerakan di luar kawasan kilang," katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan kes yang semakin meningkat, kerajaan perlu bertindak tegas terhadap operasi kilang.

Katanya, mana-mana kilang yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan mempunyai kes kluster Covid-19 berulang kali hendaklah diambil tindakan yang tegas dan dikompaun.

Artikel Berkaitan:

"Sekiranya kesalahan yang dilakukan adalah berulang kompaun yang tinggi hendaklah dikenakan," katanya.