Gattuso pengendali baharu Fiorentina

Gattuso
Gattuso
A
A
A

BEKAS pengendali Napoli, Gennaro Gattuso dinamakan selaku jurulatih baharu Fiorentina bagi mengharungi saingan Serie A musim 2021/2022.

Perlantikan itu diumumkan kelab La Viola itu pada Selasa, berikutan keputusan bekas jurulatih, Giuseppe Lachini meninggalkan kelab berkenaan baru-baru ini.

Malah, Lachini dikatakan telah pun menyatakan hasrat meninggalkan Fiorentina pada 21 Mac lalu, namun telah diberikan peluang untuk terus mengemudi kelab berkenaan sehingga ke penghujung musim.

Justeru, menurut satu kenyataan kelab, setelah Lanchini membuat keputusan berkenaan Fiorentina tidak menunggu lama untuk menamakan Gattuso sebagai pengendali baharu kelab berkenaan bagi mengharungi saingan musim baharu kelak.

“Secara rasmi kita telah menamakan Gattuso sebagai pengendali baharu bagi Fiorentina bagi mengharungi musim 2021/2022.

“Kita yakin dengan kemampuan Gatttuso. Walaupun dia gagal mengemudi Napoli mara ke saingan Liga Juara-Juara musim depan, tetapi membantu membantu Napoli untuk menamatkan saingan musim lalu pada kedudukan kelima Serie A,” menurut kenyataan kelab berkenaan.

Untuk rekod, di bawah kendalian Lachini, Fiorentina sekadar menamatkan saingan Serie A pada kedudukan ke-13 dan aksi terakhir berdepan FC Crotone pada aksi terakhir di Stadium Ezio Scida, manakala Gattuso pula berjaya membantu Napoli meraih satu mata biarpun terikat 1-1 keitka bedepan Hellas Verona di Stadium San Palo, 23 Mei lalu.

Sementara itu dalam satu kenyataan, pemilihan Gattuso dilihat sebagai pilihan tepat bagi Fiorentina yang menyasarkan untuk beraksi ke pentas Eropah pada musim 2022.

Artikel Berkaitan:

Malah pengendali berusia 43 tahun itu yang juga bekas pemain kebangsaan Itali dilihat mempunyai kebolehan serta kemampuan bagi mengemudi skuad La Viola itu.