X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Modric terus bersama Madrid semusim lagi

Modric
A
A

AKSI hebat pemain veteran Croatia, Luca Modric, 36 akan terus dapat disaksikan di Santiago Bernebeu apabila selesai menandatangani kontrak lanjutan bersama gergasi La Liga, Real Madrid pada Selasa.

Menurut satu kenyataan kelab berkenaan, Modric telah mendatangani kontrak lanjutan sehingga penghujung musim 2022 kelak.

“Biarpun agak berusia, namun kita yakin dengan kemampua serta pengalamannya untuk terus beraksi bersama kita dan oleh sebab itu kita telah menawarkan kontrak lanjutan kepadanya.

“Kita tawarkan kontrak lanjutan itu kerana dia (Modric) dilihat dilihat masih mampu beraksi dan menyumbang ‘sesuatu’ buat skuad Los Blancos itu musim depan,” menurut kenyataan berkenaan.

Untuk rekod, Modric telah beraksi dalam 391 perlawanan bersama Real Madrid sejak berhijrah dari Tottenham Hotspur pada musim 2012 lalu.

Modric juga pernah menerima anugerah Ballon d’Or pada musim 2018 berikutan aksi cemerlangnya di sepanjang tahun berkenaan bersama Real Madrid selain membantu skuad kebangsaan Croatia mara hingga ke final Piala Dunia 2018 di Russia.

Namun, Modric gagal membantu Croatia untuk memenangi Piala Dunia 2018 apabila tewas 2-4 kepada Perancis pada aksi final berkenaan.

Mengulas berhubung kontrak lanjutan berkenaan, Modric berkata, dia gembira kerana masih diberikan kepercayaan oleh Real Madrid untuk terus beraksi bersama mereka.

Justeru katanya, dia akan cuba sedaya upaya bagi memberikan aksi terbaiknya kelak bersama Los Blancos kelak.

“Apa lagi yang boleh saya katakan, saya berbangga kerana masih terus diberikan kepercayaan dan penghormatan untuk menyarung jersi salah sebuah kelab bola sepak terbaik di dunia.

“Ia sesuatu yang luar biasa dan saya akan cuba beraksi dengan terbaik nanti,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!