Pasar Harian Selayang beroperasi di bangunan baharu mulai 1 Jun

Bangunan baharu Pasar Harian Selayang.
Bangunan baharu Pasar Harian Selayang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasar Harian Selayang akan beroperasi sepenuhnya di bangunan baharu pada 1 Jun ini, manakala pasar sementara akan ditamatkan operasi pada 31 Mei.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan di Facebooknya memaklumkan, pihaknya melakukan pemantauan dan penguatkuasaan setiap hari bagi memastikan operasi pasar baharu ini kelak tidak terjejas disebabkan oleh peniaga warga asing.

Menurut kenyataan itu, DBKL mengalu-alukan sebarang maklumat daripada awam mengenai kegiatan warga asing melalui saluran ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255.

"Seramai 11 penguat kuasa DBKL yang membuat rondaan serta hasil maklumat awam telah menyita barangan termasuk sayur dan buah-buahan milik empat peniaga warga Myanmar yang menjaja di sekitar pasar tersebut pada Selasa lalu.

"Tindakan seumpama ini akan diteruskan dari masa ke masa. Kerjasama dan maklumat awam adalah amat dialu-alukan dan diucapkan terima kasih," kata kenyataan itu pada Rabu.

April lalu, peniaga Pasar Harian Selayang yang berniaga di tapak sementara meluahkan kebimbangan akan sambutan pengunjung di bangunan baharu berkonsep pasar moden bertingkat itu.

Mereka bimbang akan persaingan dengan pasar raya berhampiran selain masalah penjaja haram termasuk warga asing yang menjaja di luar bangunan itu secara bebas.

Perpindahan mereka ke bangunan baharu sepatutnya pada 1 April lalu, namun ditangguhkan atas permohonan peniaga yang meminta supaya beberapa penambahbaikkan ke atas bangunan baharu itu dilakukan terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan: