Jurutera hilang sejak Khamis lalu

Keluarga bimbang keadaan Faiz yang hilang tanpa khabar sejak Khamis lalu.
Keluarga bimbang keadaan Faiz yang hilang tanpa khabar sejak Khamis lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah keluarga dari Kota Bharu memohon bantuan orang awam menjejaki anak lelakinya yang hilang tanpa khabar berita masuk hari ke-7, hari ini.

Bapanya, Norol' Azani Mohamed Noor, 55 berkata, anak sulungnya yang bekerja sebagai jurutera, Muhd Faiz Nazmi, 32 tidak dapat dihubungi keluarga sejak malam Khamis lalu.

Menurutnya, keluarganya buntu menjejaki Faiz selepas dimaklumkan anaknya tidak ke tempat kerja sejak hari dia dikesan hilang.

"Kali terakhir saya bertemunya pada 8 Februari lalu ketika dia bersama adiknya bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada tengah malam. Faiz kemudian hubungi saya maklumkan dia selamat sampai ke rumah di Seri Kembangan kira-kira jam 4 pagi.

"Kawannya memaklumkan dia sempat bermain futsal di Shah Alam beberapa hari sebelum dia dilaporkan hilang. Pengawal keselamatan bagi tahu dia tidak pulang ke rumahnya sudah tiga hari," katanya.

Jelasnya, dia ada ke rumah Faiz untuk mendapatkan petunjuk namun keadaan rumah berada dalam keadaan baik dan kereta peribadinya ada diletakkan di tempat letak kereta.

"Faiz hilang bersama kereta syarikat jenis Toyota Fortuner putih nombor pendaftaran WXT649 yang tiada di rumah itu.

"Dia tak pernah hilangkan diri seperti ini dan saya tak tahu sama ada dia sengaja menyembunyikan diri kerana tidak mahu diganggu atau berada dalam bahaya.

Artikel Berkaitan:

"Saya minta orang awam yang mempunyai maklumat atau menemui Faiz untuk menghubungi balai polis berhampiran atau saya ditalian 0173112839," katanya.