Ahli Parlimen Britain keluar Parti Buruh

Joan Ryan muncul ahli Parlimen Parti Buruh kelapan umum keluar parti.
Joan Ryan muncul ahli Parlimen Parti Buruh kelapan umum keluar parti.
A
A
A

LONDON - UNITED KINGDOM. Seorang lagi ahli Parlimen Parti Buruh keluar parti hari ini, sebagai bantahan terhadap kepimpinan Jeremy Corbyn dan tanda sokongan kepimpinan Brexit selain kegagalan menolak anti-Semitik.

Sebelum ini, tujuh ahli Parlimen parti pembangkang itu keluar parti pada Isnin, perpecahan terbesar dalam politik Britain sejak 1981.

“Corbyn memperkenal dan membenarkan anti-Semitik ini dalam parti kami. Ia telah menjejaskan parti,” Joan Ryan memberitahu radio BBC.

“Satu lagi masalah besar ialah saya fikir Corbyn bersubahat dan menyokong Brexit," katanya.

Buat masa ini, kesemua mereka akan menjadi ahli Parlimen bebas dan mengumumkan untuk menubuhkan parti baru.

Ryan berkata terdapat sebilangan besar ahli Parlimen dari Parti Buruh yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Corbyn dan berharap mereka akan mengikuti jejaknya. – AFP

Artikel Berkaitan: