‘Sejam 30 minit dah cukup’

Orang ramai dilihat mematuhi SOP ketika berada di kaunter pembayaran sebuah pusat beli-belah di Selangor pada Selasa.
Orang ramai dilihat mematuhi SOP ketika berada di kaunter pembayaran sebuah pusat beli-belah di Selangor pada Selasa.
A
A
A

SUBANG - Tempoh had membeli-belah yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) didapati mencukupi bagi setiap pengunjung untuk membeli barang keperluan.

Tinjauan Sinar Harian di Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Subang Jaya mendapati, purata tempoh masa bagi seseorang membeli barang keperluan di pasar raya hanya satu jam 30 minit bagi setiap pengunjung.

Pengunjung juga membeli-belah seperti biasa tanpa perlu mengejar masa yang dihadkan.

Dalam pada itu, ada juga pengunjung yang ditemui mengambil masa lama untuk memilih barang di bahagian produk sejuk beku dan barang keperluan mandian kerana membandingkan harga sebelum membeli.

Seorang pengunjung, Zainab Abdul Rahman memberitahu, pengunjung boleh mengikut had yang dibenarkan sekiranya mereka hanya membeli barang mengikut keperluan.

“Saya akan menyenaraikan semua barang yang akan dibeli supaya tidak terlalu lama di dalam pasar raya terutama ketika kes Covid-19 yang semakin meningkat,” katanya di sini pada Selasa.

Pengunjung dilihat turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka dan mengawal penjarakan fizikal di antara satu sama lain.Pada permulaan, pengunjung perlu menunjukkan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis di tersebut untuk melihat tahap risiko yang ditunjukkan oleh aplikasi tersebut sebelum dibenarkan masuk dan perlu beratur untuk mengambil kad nombor sebelum dibenarkan untuk membeli-belah.

Mereka turut disediakan sarung tangan sebagai langkah-langkah pencegahan daripada Virus Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Pada Isnin, Pasaraya Mydin menyifatkan tempoh masa pelanggan dibenarkan untuk berada dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah dihadkan maksimum dua jam sesuai dan mencukupi.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, baginya tempoh sejam sudah lebih daripada mencukupi untuk pelanggan membeli barangan perlu atau benar-benar penting.