'Bukan tolak vaksin tapi was-was...'

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - "Bukan tolak vaksin...tapi was-was dengan kesannya," itu pengakuan seorang warga emas yang mahu dikenali sebagai Hamid, 59, ketika diajukan soalan oleh Sinar Harian.

Hamid dari Pasir Puteh berkata, keputusan itu dibuat selepas dia mendapat tahu salah seorang penerima vaksin yang berusia 30-an didakwa koma dua minggu selepas menerima dos pertama.

"Mendengar perkara itu membuatkan saya dan isteri takut untuk menerima suntikan itu. Kami tiada niat untuk 'ponteng' tapi kami was-was dan memerlukan masa untuk memberanikan diri berbuat demikian," katanya.

Sementara itu, warga emas yang berusia 105 tahun yang dikenali sebagai Ngah berkata, dia belum mendaftar kerana tidak mempunyai kemudahan telefon pintar.

"Anak-anak ada bertanya (daftar Mysejahtera) tapi saya rasa tidak perlu. Saya sudah lama tidak keluar rumah, anak-anak dan cucu-cucu juga tidak pulang kerana patuh SOP," katanya.

Seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Azlina, 52, berkata, kesan sampingan suntikan vaksin yang dibaca melalui Facebook banyak mempengaruhinya untuk menangguhkan seketika suntikan itu.

Artikel Berkaitan: