Kes kemalangan tren antara bandar

Kemalangan tren antara bandar yang berlaku di Mexico City pada 3 Mei lepas meragut nyawa 27 penumpang.
Kemalangan tren antara bandar yang berlaku di Mexico City pada 3 Mei lepas meragut nyawa 27 penumpang.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Kelmarin, negara kita dikejutkan dengan kemalangan yang melibatkan pertembungan dua tren aliran transit ringan (LRT) bernombor 40 (TR40) dan 81 (TR81) di ibu kota.

Kejadian sekitar jam 8.45 malam itu berlaku di landasan sama bawah tanah berhampiran stesen KLCC.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan 47 penumpang cedera parah manakala 166 yang lain cedera ringan.

Susulan itu, pertembungan dua trend tersebut telah diklasifikasikan sebagai kemalangan terburuk dalam sejarah perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan.

Kemalangan melibatkan tren antara bandar di negara kita bukan lagi baharu kerana ia telah berlaku sejak perkhidmatan tersebut diperkenalkan pada 1996.

Dianggarkan, tidak lebih daripada 10 kes dilaporkan pernah berlaku melibatkan pengangkutan awam berkenaan, terutamanya di Lembah Klang.

Bagaimanapun, kemalangan yang berlaku tidak seteruk kelmarin sehingga melibatkan kecederaan parah yang ramai dalam kalangan penumpang.

Namun, ia tetap juga mencetuskan detik cemas, sekali gus meninggalkan trauma kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Selain negara kita, terdapat juga beberapa kes kemalangan melibatkan tren antara bandar berlaku di seluruh dunia.

Namun, kemalangan yang berlaku dilaporkan lebih teruk kerana turut mengorbankan nyawa penumpang.

Kes seumpama itu dilaporkan pernah berlaku di Mexico, AS dan Jepun akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Sebahagiannya diabadikan sebagai peristiwa berdarah yang dikenang oleh penduduknya pada setiap tahun seperti di Jepun susulan tragedi tren Naka-Meguro.