X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Suntik vaksin bukan agenda Yahudi

Dr Izani Husin
A
A

KOTA BHARU - Tindakan pihak tertentu yang membuat propaganda mengaitkan suntikan vaksin Covid-19 sebagai agenda Yahudi sehingga mencetuskan rasa takut dalam kalangan umat Islam di negara ini dilihat sama sekali tidak berasas.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, merumitkan lagi ada golongan agama dikesan 'termakan' dakyah tersebut sehingga menyebarkan perkara itu kepada individu lain melalui kuliah mereka.

"Penyebaran berita ini sama sekali tidak tepat apabila hampir 60 peratus golongan Yahudi yang berada di Israel sudah mendapatkan suntikan vaksin bagi melawan Covid-19.

"Kalau bahaya, orang Yahudi tidak akan mengambil vaksin. Apabila Israel melakukan vaksin kepada rakyatnya, proses pemulihan negara akan menjadi lebih cepat dan mereka akan lebih maju daripada kita," katanya.

Menurutnya, situasi itu dapat dilihat di Amerika Syarikat apabila pemahaman dalam kalangan rakyat negara berkenaan untuk suntikan vaksin semakin meningkat.

Beliau berkata, kerajaan mahu golongan agama, orang kenamaan, selebriti, instafamous, ketua-ketua jabatan dan pimpinan masyarakat supaya memainkan peranan dengan menggerakkan kempen kesedaran mendapatkan suntikan vaksin ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!