Peguam UMNO ditahan SPRM, didakwa esok pagi

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang peguam bergelar Datuk yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta.

Difahamkan peguam berkenaan pernah mewakili UMNO selain menjadi peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, memetik laporan Bernama, sumber SPRM berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira 4.25 petang di ibu pejabat SPRM di sini selepas hadir untuk memberi keterangan.

Menurutnya, peguam tersebut dipercayai menerima wang berkenaan daripada akaun bank seorang individu iaitu hasil aktiviti haram membabitkan beberapa keping cek berjumlah RM15 juta ke dalam firma guamannya antara tahun 2014 sehingga tahun 2015.

"Individu tersebut dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, katanya.

Dia akan menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan peguam tersebut.

Artikel Berkaitan: