THTS sumbang 10 komputer riba kepada PKRC MAEPS

Ahmad Ruzman (tengah) memberikan sumbangan komputer riba kepada Dr Shahabuddin.
Ahmad Ruzman (tengah) memberikan sumbangan komputer riba kepada Dr Shahabuddin.
A
A
A

SHAH ALAM- Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) telah menyumbang sebanyak 10 komputer riba bernilai RM20,000 kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Bersepadu 2.0.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata, sumbangan komputer riba itu merupakan sebahagian dari Program Jelajah Tanggungjawab Korporat THTS.

Menurut beliau, pihaknya berharap agar sumbangan tersebut sedikit sebanyak membantu petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19.

"Sumbangan ini merupakan manifestasi kami dalam membantu agensi kerajaan dan petugas barisan hadapan dalam menangani penularan pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara.

"THTS sentiasa komited dan beriltizam untuk memainkan peranan yang aktif dalam menyumbang dan menggalas tanggungjawab sebagai syarikat korporat yang prihatin dan bertanggungjawab ke atas pembangunan juga kemaslahatan masyarakat Islam khususnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah PKRC MAEPS, Dr Shahabuddin Ibrahim sambil disaksikan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal

Agama) Datuk Seri Dr Haji Zulkifli Mohammad Al-Bakri secara dalam talian.

Sementara itu, Dr Shahabuddin berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan penglibatan pihak swasta dan korporat untuk sama-sama berganding bahu dalam merealisasikan misi negara untuk menyekat penularan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, sumbangan tersebut sangat bertepatan membantu pihaknya dalam usaha memerangi wabak pandemik Covid-19.