Guardiola pengurus terbaik EPL

Guardiola (tengah) bersama barisan kejurulatihan meraikan kejayaan Manchester City menjulang kejuaraan EPL di Stadium Etihad pada Ahad.
Guardiola (tengah) bersama barisan kejurulatihan meraikan kejayaan Manchester City menjulang kejuaraan EPL di Stadium Etihad pada Ahad.
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola berterima kasih kepada pemain dan kakitangan The Citizens apabila sekali lagi dipilih pengurus terbaik oleh Persatuan Pengurus Liga England (LMA) selepas mengemudi kelab itu meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala Liga musim ini.

Bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich berusia 50 tahun itu berkata, beliau teruja apabila dipilih untuk menerima anugerah buat kali kedua tersebut hasil impak dipamerkan semua pihak di Etihad.

“Sejujurnya saya sangat berbesar hati untuk memenangi anugerah ini tambahan pula diundi oleh jurulatih lain. Anugerah seperti ini dapat diraih jika pengurus dikelilingi mereka yang profesional di peringkat atasan.

“Pemain Manchester City sangat luar biasa, berdedikasi dan profesional walaupun musim ini kelab berdepan situasi yang sangat mencabar dalam saingan liga dan Eropah.

“Barisan staf kejurulatihan saya juga wajar menerima pujian atas anugerah ini, kerana saya memiliki satu unit pasukan yang memberikan terbaik setiap masa bagi memastikan Manchester City berada pada tahap terbaik pada musim ini,” katanya.

The Citizens selepas dikecewakan Liverpool pada musim lalu, anak buah Guardiola bermula perlahan, namun konsisten membuktikan kelab itu dalam kelas tersendiri apabila melakar siri kemenangan liga.

Artikel Berkaitan: