PKPD di enam kawasan ditamatkan

PKPD yang dikenakan terhadap enam kawasan sebelum ini akan ditamatkan pada Rabu. - Gambar hiasan
PKPD yang dikenakan terhadap enam kawasan sebelum ini akan ditamatkan pada Rabu. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan terhadap enam kawasan sebelum ini akan ditamatkan pada Rabu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan Ulu Lepar, Mukim Gali, Raub, Pahang; Rumah Panjang Dinggai, Sungai Amut Atas, Pakan, Sarikei, Sarawak dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu, Hulu Perak, Perak;

Menurutnya, turut ditamatkan PKPD adalah lima penempatan sekitar Sungai Klau, Raub, Pahang iaitu membabitkan Taman Sungai Klau; Taman Maju Sungai Klau; Taman Kelau Jaya; Taman Harmoni; dan Kampung Sungai Klau; serta tiga perkampungan dalam Mukim Tras, Raub, Pahang, iaitu Kampung Baru Tras; Kampung Sungai Cheetang dan Kampung Sang Lee.

“PKPD di Ulu Lepar, Mukim Gali, Raub, Pahang dijadualkan tamat pada 31 Mei ini.

“Namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan trend kes menunjukkan penurunan dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah dirawat.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Ulu Lepar, Mukim Gali, Raub, Pahang pada 26 Mei ini iaitu lebih awal daripada yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas beliau, PKPD bagi lain-lain kawasan juga menunjukkan penurunan trend kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah dirawat.

“Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di kawasan lain yang terbabit pada 26 Mei ini seperti yang dijadualkan,” katanya.

Artikel Berkaitan: