26 PATI warga Indonesia kena cekup

Sebahagian PATI lelaki warga Indonesia yang ditahan dalam Op Benteng Covid di kawasan ladang sawit Sungai Janggut, Jeram, Kuala Selangor pada Selasa.
Sebahagian PATI lelaki warga Indonesia yang ditahan dalam Op Benteng Covid di kawasan ladang sawit Sungai Janggut, Jeram, Kuala Selangor pada Selasa.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih menahan 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang masuk ke negara ini secara haram di kawasan ladang sawit Sungai Janggut, Jeram, di sini pada Selasa.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Rizal Mohamed berkata, mereka ditahan dalam 'Op Benteng Covid' pada jam 9 pagi.

Menurutnya, operasi yang turut disertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menahan seramai 22 lelaki dan empat perempuan warganegara Indonesia berusia lingkungan 17 hingga 53 tahun.

"Hasil siasatan lanjut mendapati kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Mereka dipercayai masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot dan mendarat di pesisir pantai Sungai Janggut," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Beliau memberitahu, tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Jeram untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mencegah penularan virus dalam kalangan pesalah dan juga pasukan keselamatan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: