X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Saringan Covid-19, pemberian vaksin percuma di bawah IWC 5.0

Annuar Musa
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 20,000 penerima saringan Covid-19 percuma dan 20,000 pemberian vaksin melalui Trak Vaksin Bergerak antara tujuh inisiatif baharu diperkenalkan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) di bawah Inisiatif Wilayah Cakna (IWC) 5.0.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan saringan komuniti bersasar kepada warga emas dan kumpulan rentan di Kuala Lumpur bermula pertengahan Jun.

Menurutnya, sebanyak empat lokasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi

Negara (MTEN), Perumahan Awam (PA) DBKL dan kampung tradisi bakal menerima manfaat tersebut.

"Proses saringan akan dikelolakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama DBKL yang akan memberi tumpuan di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Inisiatif ini dilakukan memandangkan kebanyakan warga Kuala Lumpur yang tidak bergejala menjadi

pembawa penyakit senyap (silent carrier) sehingga menyebabkan gelombang keempat wabak Covid-19 di sesuatu kawasan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Selain itu katanya, kelompok sama di 67 PPR akan menerima suntikan vaksin percuma menerusi tiga Trak Vaksin Bergerak [email protected]

Tambahnya, sebanyak RM7 juta diperuntukkan oleh KWP dan DBKL bagi membiayai program pemvaksinan tersebut.

"Seramai 900 orang disasarkan menerima vaksin pada setiap hari melibatkan tiga lokasi tumpuan.

"Pemvaksinan melalui kaedah ini dapat memastikan semua warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur divaksin sepenuhnya menjelang akhir tahun ini, " katanya.

Menurut beliau, program pemberian vaksin kepada golongan gelandangan turut dimasukkan di bawah IWC 5.0 dengan fasa pertama melibatkan seramai 119 gelandangan yang menghuni Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Anjung Kelana Taman Desa dan Anjung Singgah.

"Baki gelandangan seramai 132 orang yang juga telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada 24 Mei akan divaksin secara berperingkat di Dewan Komuniti Sentul Perdana.

"Kesemua gelandangan yang telah menerima vaksin boleh terus menyertai program pembangunan kendiri termasuk aktiviti pertanian bandar di Anjung Kelana," katanya.

Turut tersenarai di bawah IWC 5.0 adalah Kelas Digital Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mahir Tutor dan Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga (IWBB).

Tidak ketinggalan Usahawan Anak Muda Kota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta penubuhan pasukan KL Watch di bawah DBKL yang akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan hotspot selain tempat tumpuan awam.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!