X

Kindly register in order to view this article
!

Kilang diarah tutup selepas tular isu 'gelang pink'

Seorang pekerja kilang yang memakai gelang pesakit PUS membeli barangan dirakam kamera video di Jeram pada Isnin.
A
A

KUALA SELANGOR - Sebuah kilang yang tular berikutan beberapa pekerja warga asing memakai gelang pesakit di bawah pengawasan (PUS) berada di tempat awam di Jeram diarahkan tutup selama lima hari bermula pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pemeriksaan pada jam 10 pagi itu dilakukan sepasukan polis, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kuala Selangor.

Menurutnya, arahan penutupan itu dikeluarkan selepas agensi terbabit menjalankan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kilang dan penempatan pekerja warga asing.

"Hasil pemeriksaan pihak pengurusan kilang telah diarahkan henti operasi selama lima hari bermula hari ini (Selasa) berpandukan ( Akta 342 ) Seksyen 18 (1)(F) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Ramli berkata, semua agensi penguat kuasa akan terus membuat pemantauan terhadap pematuhan SOP di kilang tersebut.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, polis mengesahkan menerima aduan berhubung video tular beberapa orang pekerja sebuah kilang yang memakai gelang pesakit PUS berada di sebuah kedai di Pekan Sungai Sembilang, Jeram di sini.

Ramli berkata, siasatan mendapati pekerja warga asing terbabit merupakan kontak rapat yang sedang menunggu bas untuk dibawa ke pusat kuarantin di Meru.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!