Beberapa lokaliti di Perak, Johor dan Sarawak dikenakan PKPD

 Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima lokaliti iaitu di Mukim Bagan Serai, Kerian, Perak; Felda Redong 1, Mukim Labis, Segamat, Johor dan tiga tempat di Daro, Sarawak

Lokaliti di Daro, Sarawak membabitkan Rumah Panjang Isa Anak Blone; Rumah Panjang Ben Anak Kuleng; dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gelam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di kawasan berkenaan berkuatkuasa 27 Mei sehingga 9 Jun 2021 setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Kata beliau, sebanyak 53 kes positif Covid-19 telah direkodkan Mukim Bagan Serai, Kerian, Perak dan KKM juga mendapati kes semasa bertaburan dalam mukim dan tidak tertumpu dalam satu lokaliti atau kawasan dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

“Pada masa sama, kadar insiden telah meningkat daripada 42.5 pada Minggu EPID 20 kepada 62.6 pada Minggu EPID 21.

“KKM juga telah melaksanakan 361 ujian saringan di Felda Redong 1, Mukim Labis, Segamat, Johor dan mendapati 67 daripadanya disahkan positif Covid-19.

“KKM juga mendapati kes telah menular ke seluruh lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan masih tinggi,” katanya.

Ismail menambah, KKM melaporkan terdapat peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di ketiga-tiga lokaliti di Daro, Sarawak dalam masa satu minggu apabila sebanyak 12 kes positif direkodkan hasil saringan ke atas 153 orang di tiga lokaliti tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan Covid-19 ke kawasan lain.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) di www.mkn.gov.my,”katanya.