Semua hakim mahkamah terima vaksin 31 Mei ini

Hakim di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan akan menerima vaksin pada 31 Mei ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19. - Foto Bernama
Hakim di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan akan menerima vaksin pada 31 Mei ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Hakim di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan akan menerima vaksin pada 31 Mei ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya sedang menguruskan semua hakim di mahkamah tinggi, mahkamah sesyen dan majistret diberikan vaksin dengan kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri.

“Kerajaan menganggap para hakim dan pegawai-pegawai mahkamah sebagai petugas barisan hadapan kerana tugas mereka yang berhubung terus dengan orang ramai.

“Dengan pemberian vaksin diharap mengurangkan risiko pendedahan mereka kepada virus Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, kerajaan memperuntukkan jumlah mencukupi untuk memberikan suntikan vaksin kepada semua hakim di negara ini.

Artikel Berkaitan: