TFC, TFC II terima suntikan dos pertama vaksin Covid-19

Ab Rasid Jusoh
Ab Rasid Jusoh
A
A
A

SEMUA pemain, jurulatih dan pegawai Terengganu FC (TFC) telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 sebagai persediaan kelab menjelang saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021 bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rasid Jusoh berkata, seramai 30 pemain dan 19 barisan jurulatih serta pegawai terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan tersebut yang diadakan semalam di Stadium Tertutup Gong Badak.

“Bagi TFC II pula seramai lima pemain telah menerima suntikan vaksin dos pertama semalam. Baki 23 pemain serta 15 pegawai TFC II akan menerima suntikan dalam minggu ini juga,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Isnin.

Berdasarkan undian, TFC yang berada dalam Kumpulan I bersama Geylang International FC (Singapura), Kaya FC-Iloilo (Filipina) dan satu pasukan playoff dijadual menghadapi saingan peringkat kumpuan AFC di Singapura pada 30 Jun ini hingga 6 Julai.

Ab Rasid berkata suntikan tersebut juga sebagai persiapan pasukan untuk menjalani sesi latihan secara camp based training atau latihan secara berpusat yang bermula hari ini.

Susulan penularan wabak Covid-19 yang semakin serius ketika ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memutuskan hanya latihan secara berpusat sahaja dibenarkan untuk pasukan yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala kaedah home based training tidak lagi diguna pakai.

Artikel Berkaitan: