X

Kindly register in order to view this article
!

Cucu berjaya 'pujuk' datuk, nenek terima vaksin Covid-19

Chin Nam Sang dan isterinya Cheang Ah Moi gembira apabila sudah menerima vaksin pertama
A
A

SEREMBAN - Seorang guru melahirkan rasa lega apabila datuk dan neneknya telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Hospital Pakar KPJ Seremban di sini pada Selasa.

Menurut Ching Chan Xing, 27, sebelum ini, datuknya Chin Nam Sang, 83, dan neneknya, Cheang Ah Moi, 81, berasa bimbang menerima suntikan vaksin berkenaan memandangkan mereka sudah tua selain risaukan kesan-kesan sampingan yang mungkin terjadi.

Chin Nam Sang yang merupakan OKU pekak dan bisu gembira apabila sudah menerima vaksin pertama
Chin Nam Sang yang merupakan OKU pekak dan bisu gembira apabila sudah menerima vaksin pertama

"Bagaimanapun, selepas saya terangkan kepada mereka kebaikan ambil vaksin dan tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana kemungkinan mendapat kesan sampingan adalah rendah.

"Akhirnya mereka terus setuju untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 dan selepas dicucuk, saya nampak mereka 'okey' saja," kata Ching Chan Xing, 27, ketika ditemui di PPV Hospital Pakar KPJ Seremban di sini pada Selasa.

Menurutnya, sebagai cucu, dia bersyukur datuk dan neneknya sudah menerima suntikan vaksin pertama lebih-lebih lagi dalam keadaan kes positif Covid-19 yang semakin meningkat kini.

Chan Xing dalam masa sama turut menggalakkan orang ramai mengambil vaksin demi kebaikan bersama.

Selain itu, Tan Ngar Kwun, 49, ternyata prihatin apabila membantu membawa jirannya yang merupakan warga emas orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu berusia 80 tahun untuk menerima vaksin.

"Pak cik Chin Nam Sang berusia 83 tahun hanya tinggal berdua dengan isterinya berusia 81 tahun yang juga merupakan pekak dan bisu.

Ching Chan Xing(kiri) dan kakaknya(kanan) lega apabila Datuk dan nenek mereka sudah menerima vaksin pertama
Ching Chan Xing(kiri) dan kakaknya(kanan) lega apabila Datuk dan nenek mereka sudah menerima vaksin pertama

"Anak mereka yang tinggal di Johor Bahru minta bantuan saya hantar ibu bapanya suntik vaksin dan sebagai jiran saya rasa bertanggungjawab untuk membantu," katanya.

Dalam pada itu Hospital Pakar KPJ Seremban merupakan antara lima hospital swasta di Negeri Sembilan yang terpilih sebagai PPV bermula pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Sofian Ismail berkata, proses pemberian vaksin di hospital itu yang bermula jam 9 pagi adalah berjalan lancar.

"Pada hari pertama ini senarai nama diberikan seramai 100 orang dan buat masa ini kita masih belum boleh menerima pendaftaran masuk secara terus untuk mendapatkan vaksin.

"Hanya penerima yang layak dari senarai dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja yang boleh mendapatkan vaksin di hospital kami," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!