'Kita perlu bersedia hadapi keadaan terburuk': Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai agar bersedia untuk menghadapi gelombang Covid-19 terburuk, berikutan trend terkini peningkatan graf jangkitan Covid-19 di negara ini.

"Peningkatan kes bermula sejak 1 April dan boleh mencetuskan lonjakan menegak. Kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi keadaan terburuk. Tolong bantu kami untuk duduk di rumah. Jika kita bekerjasama, kita boleh memutuskan rantai jangkitan,” katanya menerusi akaun Twitter rasmi pada Selasa.

Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai agar duduk di rumah dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sekiranya berlaku kecemasan atau hadir ke tempat kerja.

Pada Isnin, Malaysia merekodkan 6,509 kes harian baharu Covid-19 dengan jumlah kematian tertinggi iaitu 61 kes dalam tempoh 24 jam. - Bernama



Artikel Berkaitan: