Pusat kasino di Genting Highlands akur arahan tutup

Zaiham (dua dari kanan) bersama pegawainya melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas pusat kasino di Genting Highlands bagi memastikan aktiviti di pusat itu ditutup setelah diarah berbuat demikian bermula tengah malam Isnin.
Zaiham (dua dari kanan) bersama pegawainya melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas pusat kasino di Genting Highlands bagi memastikan aktiviti di pusat itu ditutup setelah diarah berbuat demikian bermula tengah malam Isnin.
A
A
A

BENTONG - Polis Daerah Bentong melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas pengoperasian pusat kasino di Genting Highlands bagi memastikan aktiviti itu ditutup sepenuhnya selaras dengan arahan Kementerian Kewangan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, sepasukan anggota diketuai beliau sendiri melakukan pemeriksaan ke atas pusat itu kira-kira jam 11 malam pada Isnin.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pengendali pusat kasino itu akur terhadap arahan yang dikeluarkan.

"Semua pihak perlu akur dengan sebarang arahan dikeluarkan dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian Covid-19," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua kasino di Genting Highlands tutup bermula tengah malam ini

Pengoperasian kasino di pusat peranginan Genting Highlands telah diarah ditutup sepenuhnya bermula pada tengah malam Isnin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan pihaknya sudah mengarahkan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk melakukan pemantauan.

Pusat itu didakwa menjalankan aktiviti seperti biasa, meskipun dikaitkan dengan beberapa kes positif Covid-19 sebelum arahan tutup sepenuhnya dikeluarkan.

Artikel Berkaitan: