Serangan Israel: Jumlah kematian di Gaza cecah 253 orang

Kementerian Kesihatan di Gaza mendedahkan seramai 253 penduduk Palestin terbunuh, termasuk 66 kanak-kanak, 39 wanita dan 17 warga emas, manakala 1,948 lain cedera, termasuk 20 dalam keadaan kritikal.
Kementerian Kesihatan di Gaza mendedahkan seramai 253 penduduk Palestin terbunuh, termasuk 66 kanak-kanak, 39 wanita dan 17 warga emas, manakala 1,948 lain cedera, termasuk 20 dalam keadaan kritikal.
A
A
A

GAZA - Angka kematian akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza yang berakhir Jumaat lalu mencecah 253 orang, lapor Xinhua, memetik laporan dikeluarkan petugas perubatan pada Isnin.

Kementerian Kesihatan di Gaza mendedahkan seramai 253 penduduk Palestin terbunuh, termasuk 66 kanak-kanak, 39 wanita dan 17 warga emas, manakala 1,948 lain cedera, termasuk 20 dalam keadaan kritikal.

Pada Isnin, kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, dua pemuda meninggal dunia manakala empat mayat berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan.

Pada Jumaat, Mesir menjadi orang tengah kepada usaha gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza, untuk mengakhiri 11 hari pertempuran.

Sementara itu, Hamas mengadakan perhimpunan di kota Gaza bagi memperingati rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel itu. Saudara-mara dan wakil kumpulan Palestin turut hadir.

Tindakan Israel di Baitulmaqdis Timur, pertempuran antara polis dan jemaah di Masjid al-Aqsa dan mengusir secara haram penduduk Palestin di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah telah mencetuskan kembali keganasan di Gaza. - Bernama

Artikel Berkaitan: