X

Kindly register in order to view this article
!

Kecuaian ‘hostler’ gerabak dipandu salah arah jadi punca: MOT

Wee Ka Siong
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) mendedahkan dapatan awal punca kemalangan pertembungan dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya pada malam Isnin disebabkan kecuaian ‘hostler’ gerabak yang dipandu salah arah.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong turut memaklumkan, laporan siasatan kes kemalangan berkenaan perlu dikemukakan kepada MOT dalam tempoh 14 hari.

Katanya, sembilan orang termasuk pakar akan sertai jawatankuasa siasatan kemalangan terbabit.

"Kerja-kerja baik pulih kerosakan termasuk landasan, bersih serpihan kemalangan LRT akan dibuat dalam masa tiga hari.

"Jumlah kerugian belum dapat dianggarkan buat masa ini," katanya dalam sidang media secara dalam talian mengenai perkembangan semasa berkaitan insiden berkenaan pada Selasa.

AKAN MENYUSUL


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!