Mayat lelaki ditemui dalam patung dinosaur

Pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mayat di dalam patung stegosaurus gergasi di Barcelona. - Foto Daily Mail
Pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mayat di dalam patung stegosaurus gergasi di Barcelona. - Foto Daily Mail
A
A
A

BARCELONA - Seorang lelaki dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya ditemui mati di dalam patung dinosaur stegosaurus gergasi di bandar Barcelona, Sepanyol.

Lapor Daily Mail, mayat lelaki berusia 39 tahun itu ditemui oleh seorang lelaki bersama anaknya yang menyedari bau busuk dari patung dinosaur tersebut pada Sabtu lalu.

Polis memberitahu, curiga dengan bau busuk, lelaki itu telah bertindak menghubungi pasukan kecemasan setelah ternampak mayat melalui celahan salah satu kaki belakang dinosaur berkenaan.

Tiga pasukan bomba dikerahkan ke tempat kejadian dan anggota keselamatan terpaksa menggunakan perkhidmatan jentera kren untuk mengeluarkan mayat dari dalam replika terbabit.

Media tempatan melaporkan mangsa dipercayai mencari telefonnya sebelum terjatuh di dalam patung dinosaur tersebut.

Polis sedang menunggu keputusan bedah siasat dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: