Arteta tuntut Arsenal tampil lebih garang musim depan

ARTETA
ARTETA
A
A
A

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta berharap skuad The Gunners kembali bangkit musim depan selepas mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dalam situasi mengecewakan.

Namun, Arteta tetap berbangga dengan peningkatan dipamerkan skuad kendaliannya apabila mampu menamatkan EPL dengan lima kemenangan berturut-turut, sekali gus dianggap pencapaian terbaik mereka sejak Oktober 2018.

“Ya saya harus akui pengakhiran musim ini agak mengecewakan berbanding musim lalu. Kami kekal berada di tangga kelapan musim ini walaupun mengumpul 61 mata berbanding pungutan 56 mata yang diraih musim lalu.

“Saingan liga semakin kompetitif, jadi hanya satu cara melakukannya iaitu menjadi jauh lebih baik musim depan dan lebih konsisten dan inilah cabaran menanti kami,” katanya.

Mengulas kegagalan Arsenal mara ke pentas Eropah buat kali pertama dalam tempoh 25 tahun, Arteta berkata, dia akur apabila misi mereka musim ini tidak menjadi sepertimana yang telah dirancang.

“Pemain-pemain telah cuba sehabis baik, namun ia masih belum mencukupi kerana nasib tidak menyebelahi kami musim ini. Sebenarnya kelab ini layak untuk beraksi di peringkat Eropah dan memenangi trofi kejuaraan.

“Bagaimanapun, kami masih bergelut untuk mencapai sasaran tersebut. Kini kami perlu bersatu dan bersedia melakukan yang terbaik bagi mengharungi saingan musim depan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: