X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

18,537 kes positif Covid-19 di kawasan seliaan MBSJ

Noraini (kanan) ketika Mesyuarat Penuh MBSJ, pada Selasa.
A
A

SUBANG JAYA - Sebanyak 18,537 kes positif Covid-19 dilaporkan dalam kawasan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Datuk Bandar MBSJ, Noraini Roslan berkata, jumlah tersebut adalah sebahagian daripada 167,629 kes positif Covid-19 dilaporkan di Selangor dengan 30,814 kes berlaku di daerah Petaling, setakat Ahad.

Menurutnya, sebanyak 87 kes positif Covid-19 turut dilaporkan dalam kalangan kakitangan MBSJ dengan jumlah 17 kes aktif setakat ini dalam kelompok sama.

“Setakat ini, seramai 590 kakitangan MBSJ telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dan daripada jumlah tersebut, seramai 572 kakitangan menerima dua dos suntikan vaksin berkenaan.

“Seluruh rakyat perlu sama-sama membantu untuk memutuskan rantaian Covid-19 dengan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya dalam Mesyuarat Penuh MBSJ di sini pada Selasa.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Noraini berkata, sebanyak 774 kes positif demam denggi dilaporkan di kawasan pentadbiran MBSJ sehingga Minggu Epid 20 iaitu setakat Sabtu.

Katanya, walaupun tiada lokaliti titik panas denggi dilaporkan selama tujuh minggu berturut-turut di kawasan seliaan MBSJ, masyarakat diminta meluangkan masa selama 10 minit seminggu sekali mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan sekitar premis masing-masing.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!