X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Korban letusan gunung berapi di Congo meningkat kepada 32 orang

unung berapi Nyiragongo meletus pada Sabtu. - Foto AFP
A
A

KINSHASA - Jumlah korban akibat letusan gunung berapi Gunung Nyiragongo pada Sabtu di wilayah Kivu, Republik Demokratik Congo (DRC) meningkat kepada 32 orang dan angka itu dijangka akan terus bertambah, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa pada Isnin.

Sembilan mangsa hangus selepas lahar menimpa rumah mereka manakala lima maut terhidu gas beracun, kata ketua pasukan keselamatan awam wilayah Joseph Makundi.

Walaupun aliran lahar dilihat sudah berhenti di sekitar Goma namun, pergerakan seismik masih dikesan menyebabkan berlaku keretakan pada rumah penduduk berdekatan.

Pihak berkuasa wilayah menggesa penduduk di zon merah untuk mematuhi arahan tidak pulang ke rumah masing-masing buat sementara waktu. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!