X

Kindly register in order to view this article
!

Perkhidmatan LRT sesak

Gambar yang dikongsikan pengguna Twitter situasi di Stesen LRT Gambar kanan: Suasana di LRT Masjid Jamek Kuala Lumpur. Foto: Ihsan pembaca
A
A

SHAH ALAM - Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dipercayai sesak pagi Selasa kerana pengurangan kapasiti bagi satu landasan dan tempoh masa yang diambil bagi setiap stesen lama.

Menurut seorang pengguna Twitter, Hana Del Luna, dia berada di stesen seawal jam 6.45 pagi dan masih belum bergerak menaiki LRT tersebut.

“@AskRapidKL ini bagitahu kelewatan 10 minit sahaja, sepatutnya bagitahu awal semalam. Saya ni dari 6.45 pagi kat sini, dengan tidak teraturnya macam ni.

“Saya pun terpaksa naik Grab. Tengok orang makin bertambah tidak berkurang langsung. Selepas itu semua terpaksa masuk dalam satu LRT itu berhimpit, tiada pilihan,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.

Dalam pada itu, situasi tersebut juga menimbulkan kerisauan kepada semua rakyat akan berlakunya kluster baharu disebabkan terpaksa bersesak di stesen tersebut dalam musim pandemik Covid-19.

Suasana di LRT
Suasana di LRT

Sementara itu, Nizam menerusi Twitternya berkata, kesesakan tersebut berlaku disebabkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu di perkhidmatan awam yang berkuatkuasa bermula hari ini.

“Sebab SOP baru kat LRT, sekarang jadi sesak macam sardin balik. Kelaut sudah penjarakan sosial, Cacamarba punya SOP,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN Dua tren LRT bertembung, penumpang cedera

Insiden LRT: 47 penumpang parah

Pada Isnin, seramai 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya yang berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru melibatkan satu tren yang membawa penumpang serta sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Pada Sabtu, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah menghadkan kapasiti penumpang serta frekuensi bagi semua perkhidmatan pengangkutan awam darat dan air sepanjang tempoh PKP 3.0.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden LRT: PM arah siasatan segera


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!