X

Kindly register in order to view this article
!

Dua penjual air ketum ditahan ketika tunggu pelanggan

112 bungkus air ketum ditemui di bahagian belakang Proton Wira yang dinaiki kedua-dua suspek.
A
A

KEPALA BATAS - Dua lelaki ditahan bersama 112 bungkus air ketum ketika sedang menunggu pelanggan di sebuah taman permainan di Taman Berlian, Bagan Ajam Butterworth pada awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kedua-dua lelaki berusia 32 dan 33 itu ditahan pada jam 12.40 pagi oleh sepasukan polis yang menjalankan tugas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kereta Proton Wira yang dinaiki kedua-dua suspek menemui dua kotak polisterin di bahagian belakang yang mengandungi 112 bungkus air ketum.

"Soal siasat awal mendapati, suspek mengakui menjual air ketum tersebut di kawasan Pantai Bersih dengan harga RM7 sebungkus. Ketika ditahan, mereka sedang menunggu pelanggan.

"Kedua-dua suspek mengakui memperolehi bekalan air ketum itu daripada kawan mereka yang tinggal di Taman Penaga. Mereka telah terlibat dengan aktiviti penjualan air ketum kira-kira tiga bulan lalu," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, di sebuah hotel di lokasi berbeza, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan bersama beberapa jenis dadah.

Noorzainy berkata, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Balai Polis Butterworth pada jam 3.30 pagi Selasa.

"Hasil pemeriksaan menjumpai satu plastik lutsinar mengandungi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja, satu plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal disyaki syabu dan dua bungkus air ketum.

"Hasil semakan rekod lampau juga mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan narkotik dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya1952 serta 30(3) Akta Racun 1952," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!