Juruteknik disyaki cuba rasuah ASP polis lebih RM100,000 direman

Seorang juruteknik direman tujuh hari untuk siasatan disyaki cuba memberi rasuah wang tunai berjumlah lebih RM100,000 kepada seorang pegawai polis bagi menyelesaikan kes dadah.
Seorang juruteknik direman tujuh hari untuk siasatan disyaki cuba memberi rasuah wang tunai berjumlah lebih RM100,000 kepada seorang pegawai polis bagi menyelesaikan kes dadah.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang juruteknik direman tujuh hari untuk siasatan disyaki cuba memberi rasuah wang tunai berjumlah lebih RM100,000 kepada seorang pegawai polis bagi menyelesaikan kes dadah.

Perintah reman bermula Selasa sehingga 31 Mei depan itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret Shah Alam selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor membuat permohonan tersebut pagi ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 36 tahun itu ditahan SPRM di sebuah stesen minyak di Bandar Sri Damansara kira-kira jam 9.30 malam, Isnin ketika cuba memberikan wang rasuah tersebut.

Difahamkan, wang rasuah yang diberikan kepada pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) itu adalah sebagai dorongan untuk melepaskan rakan sekerjanya daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana telah ditangkap atas kesalahan memiliki dadah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009," katanya.

Artikel Berkaitan: