Prasarana senarai barangan penumpang insiden tren bertembung

Prasarana sedang membuat penyenaraian barangan yang ditinggalkan penumpang dalam insiden pertembungan tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, pada malam Isnin.
Prasarana sedang membuat penyenaraian barangan yang ditinggalkan penumpang dalam insiden pertembungan tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, pada malam Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sedang membuat penyenaraian barangan yang ditinggalkan penumpang dalam insiden pertembungan tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, pada Isnin.

Menerusi ciapan AskRapidKL, syarikat itu berkata, penumpang yang terlibat boleh menghubungi pihak mereka.

"Jika anda penumpang yang terlibat, hubungi kami melalui Talian Krisis di 014 737 1330 atau hantarkan email ke recovery2021@prasarana.com.my, terima kasih," ciapnya.

Pada Isnin malam, seramai 47 penumpang LRT cedera parah manakala 166 lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan dua tren di dalam terowong ketika perjalanan antara stesen Kampung Baru dan KLCC.

Terdapat 213 penumpang di dalam tren LRT yang terbabit kemalangan.

Artikel Berkaitan: