LRT laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa

Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya masih beroperasi seperti biasa menggunakan satu landsan (single track) bermula jam 6 pagi ini. - Gambar hiasan
Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya masih beroperasi seperti biasa menggunakan satu landsan (single track) bermula jam 6 pagi ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya masih beroperasi seperti biasa menggunakan satu landsan (single track) bermula jam 6 pagi ini, kata Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Bagaimanapun, para penumpang dijangka perlu menunggu dengan lebih lama sedikit daripada biasa dengan kekerapan tren setiap 10 minit pada waktu puncak.

"Dengan kekerapan tren setiap 10 minit pada waktu puncak, para penumpang dijangka perlu menunggu dengan lebih lama sedikit daripada biasa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Prasarana, operasi LRT Laluan Kelana Jaya itu disokong oleh perkhidmatan lima buah bas perantara dua tingkat secara percuma dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit pada waktu puncak untuk membawa penumpang ke mana-mana stesen di antara Stesen Pasar Seni dan Stesen Ampang Park.

Dalam kejadian malam tadi, seramai 47 penumpang parah manakala 166 cedera ringan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) bertembung dalam kemalangan berhampiran Stesen KLCC.

Siasatan awal mendapati, tren tersebut bertembung dengan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji secara kawalan manual tanpa diselaras dengan pusat kawalan.

Artikel Berkaitan: