Desak individu hina Islam dilucutkan kerakyatan

Sebahagian pelajar maahad tahfiz di daerah Gombak berkumpul di hadapan balai polis bagi membantah tindakan penghinaan terhadap Islam
Sebahagian pelajar maahad tahfiz di daerah Gombak berkumpul di hadapan balai polis bagi membantah tindakan penghinaan terhadap Islam
A
A
A

GOMBAK - Pengusaha-pengusaha maahad tahfiz daerah Gombak mendesak individu terlibat dalam membuat provokasi terhadap Islam dikenakan tindakan tegas termasuk melucutkan kewarganegaraan.

Wakil Gabungan Institusi Tahiz Gombak yang juga Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran Qasimul Ulum, Alauddin Ishak berkata, hukuman itu sebagai pengajaran agar perkara seumpama itu tidak berulang.

"Kami menggesa semua pihak untuk menghormati kedaulatan Islam, Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara serta menghormati kedudukan Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Alauddin sebelum itu bersama Timbalan Yang Dipertua Majlis Syura Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zaharah, Baharu Abdul Ghani membuat laporan di Balai Polis Gombak.

Artikel Berkaitan: