Masalah komunikasi punca kemalangan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Masalah komunikasi antara punca mengakibatkan kemalangan melibatkan dua buah tren di Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, berlaku pelanggaran antara kedua tren.

"Tren LRT dari Stesen KLCC menghala ke Stesen Kampung Baru yang dipandu secara automatik dengan tren daripada Stesen Kampung Baru menghala ke Stesen KLCC dipandu secara manual.

"Pemandu tren daripada stesen KLCC tidak dapat mengesan tren daripada Kampung Baru kerana berlaku masalah komunikasi daripada pusat kawalan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Stesen LRT Kampung Baru di sini malam Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden LRT: PM arah siasatan segera

Pada Isnin, beberapa penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya cedera dalam insiden membabitkan dua tren.

Kejadian dipercayai berlaku ketika tren itu dalam perjalanan antara Kampung Baru dan KLCC.

Artikel Berkaitan: